Isnin, 20 Oktober 2014

Warkah Terbuka Untuk Mak Ayah Yang Sayang Anak.

Anda ada anak gadis.
Umurnya 14 tahun. Tktn 2.
Manis. Sedikit cantik.
B'mana budak lelaki boleh 'tackle' dia ?

Masa di sekolah - dalam dan luar kelas.
Dalam perjalanan rumah-sekolah-rumah
Kecuali mak-ayahnya hntar dia.
Barangkali petang - aktiviti ko-K
Mungkin 2-3 kali seminggu ke tuisyen.
Atau tika aktiviti hujung minggu di sekolah.

Ternyata terbatas. Memang terhad.
Syabas anak anda terkawal.

Tetapi kini tidak lagi. Sepanjang masa
Anak gadis anda terdedah
Hampir anytime
Hampir anyday
Hampir anywhere :
Mana-mana budak, remaja, malah dewasa lelaki boleh hubungi dan berbicara dgn anak gadis anda tanpa anda ketahui. Yes, yes, yes. That's true. Very true.

Sampai ke bilik tidurnya
Sampai jam 12 tengah malam
Sampai boleh berbicara bersemuka
Sampai boleh lontar ayat2 pujuk rayu
Sampai boleh pujuk dia tunjuk semua yg ada pada dirinya termasuk yg sesulitnya
CUMA tak boleh sentuh dan pegang
Tak apa itu lain kali "bisa diatur"

Bagaimana semua boleh berlaku ? Mudah saja. Puncanya kerana "sayang" anak !!

Anak 14 tahun.
Malah ada yang 11, 12 tahun sudah diberikan Samsung, Lenovo, Asus, Oppo, Sony ... malah i-Phone. (Maaf Nokia 3310 tak main la !)
Asal berinternet
Asal berselfie
Asal berFB
Asal berWhatsApp
Asal berWeChat
Asal bertelegram
Asal berinstagram

DAN ASAL MAK-AYAH
Beli telefon pada anak tapi ...
-- tak pernah pantau
-- tak tahu pantau
-- tak ada masa nak pantau

Maka tunggulah saatnya.
Bukan dia pandai2. Tidak.
Dia terikut kawan.
Dia belajar dari kawan.

Lambat laun pasti menyesal
Anak itu kini boleh dan akan:
-- masuk video lucah
-- anak p'puan tengok kemaluan lelaki
-- anak lelaki tengok kemaluan p'puan
-- tonton video lucah tengah beraksi
-- nampak semua jenis aksi
-- seks lelaki sama p'puan
-- seks p'puan sama p'puan
-- seks sorang p'puan 2-3 lelaki
-- seks lelaki sama lelaki
-- terima video dihantar orang lain
-- kekadang dia juga hntr kat orang lain

Itu belum masuk:
-- foto berahi
-- cerita berahi

Anak yg tersangkut fenomena ini
Lupa sasaran.
Lupa pelajaran.
Ditakuti lupa Tuhan.

Bagi telefon KONONnya
-- anak senang contact ibubapa
-- ibubapa mudah contact anak
-- takut ada kecemasan
-- anak nak bicara hal pelajaran dgn rakan
KONON ... itu tidak lagi berlaku kini.

Kalau setelah baca setakat ini
Masih relaks, tak rasa risau, bimbang dan takut anaknya memiliki handphone ... entahlah I'm dumbfounded.

Mak ayah fikir 19 kali sebelum:
- izinkan anak miliki handphone
- berkata "tak apa" anak aku tak camtu

Sayang anak ... kawal
Sayang anak ... tegas
Sayang anak ... renung dalam posting ini

SHARE untuk kita sebarkan kpd seramai mungkin mak ayah hal ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan