Isnin, 27 Oktober 2014

Tak cantik tapi tak berjangkit?

Kata orang lain, penyakit ini tiada ubatnya :(

SEJAK 20 tahun lalu, Sharifah tidak pernah memakai t-shirt atau blaus berlengan pendek apabila keluar dari rumah. Dia juga tidak pernah menukar fesyen rambutnya kerana tidak pernah ke salun rambut.

Walaupun selalu diajak oleh kawan-kawannya untuk mencuba fesyen rambut yang baru, Sharifah akan menolak dan semua t-shirt atau blaus hadiah dari keluarga dan rakan-rakan hanya dipakai di dalam rumah.

Sharifah sebenarnya malu jika rahsianya terbongkar. Sekian lama, Sharifah mengalami sejenis penyakit kulit yang menjadikan lengannya hodoh dan kulit kepalanya sentiasa gatal.

Apa yang dialami oleh Sharifah adalah penyakit kulit yang kronik iaitu psoriasis. Ianya berpanjangan dan berulangan dan walaupun ianya tidak berjangkit, bentuk rupanya yang buruk menyebabkan ramai pesakit psoriasis seperti Sharifah menghadkan diri mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti tertentu yang mendedahkan kondisi mereka kepada orang lain.

Selama ini, Sharifah cuba menyembunyikan tompok bersisik pada siku lengan kirinya yang sebesar syiling 50 sen dan tompok-tompok yang lebih kecil yang tumbuh merata di lengan kanannya dengan sentiasa memakai baju berlengan panjang. Ada ketikanya, bahagian kulit tersebut menjadi amat kering dan mengelupas.

Walaupun mempunyai paras rupa yang cantik, Sharifah malu untuk berkawan dengan lelaki kerana bimbang penyakitnya itu akan menyebabkan dia ditertawakan atau dipandang jijik..

Sharifah juga malu untuk mendapatkan khidmat di salun rambut oleh kerana keadaan tersebut turut menjejaskan kulit kepala dan kulit di belakang cuping telinganya.

"Kepala awak banyak kelemumurlah! Eeeiya," kata pencuci rambut di salun berdekatan rumahnya yang menyebabkan Sharifah, yang ketika itu baru berusia 20 tahun dan mengalami gejala pertama penyakit tersebut, serik untuk ke salun rambut lagi.

Kenali apa itu psoriasis

Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.

Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).

Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.

Pesakit yang mengalami psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu tetapi mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.

Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:

*Infeksi
*Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
*Kecederaan pada kulit
*Tekanan
*Cuaca
*Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.

Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.

Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

Pesakit psoriasis dan kehidupan seharian

Psoriasis boleh terdapat di mana-mana permukaan kulit

Tidak seperti penyakit kronik yang lain, pemakanan pesakit yang mengalami psoriasis tidak berkait antara satu sama lain. Psoriasis dialami oleh semua kaum di Malaysia, contohnya, walaupun juadah makan setiap kaum amat berbeza.

Ianya juga tidak sepatutnya menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan itu memahami penyakit ini.

Psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya bertambah buruk.

Walaupun terdapat kaitan genetik di dalam penyakit ini, adalah sukar untuk membuat ramalan samada anak yang dilahirkan itu akan menghidap psoriasis atau tidak. Terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga menghidapi psoriasis pada masa yang sama tetapi ada juga pesakit-pesakit yang tidak mempunyai sejarah keluarga seperti itu.

Rawatan dan sokongan

Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda psoriasis.

Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.

Persatuan Dermatologi Malaysia baru-baru ini melancarkan KULIT – Kempen PDM 2007 Hidup bersama Psoriasis bagi memberi penerangan dan informasi tentang penyakit ini kepada orang ramai.

KULIT membawa makna yang lebih mendalam iaitu:

K - knowledge ataupun pengetahuan yang amat penting tentang penyakit ini
U - singkatan you atau anda yang mengalami psoriasis
L - living atau hidup dengan penyakit ini dan menghadapi cabaran seharian
I - Interaction atau interaksi dengan orang lain
T - treatment atau rawatan adalah perlu.

Rujukan:

Dr Ain Tian, Pakar Perunding Kulit
-------------------------------------------------------------------------------------
KINI REVOLUSI TERKINI. HANYA MINUM 2 PEKET CELLMAXX SEHARI ANDA MAMPU PULIHKAN PSORIASIS ANDA INI.

SMS | WHATSAPP "CELLMAXX" KE 0182244345 UNTUK KETERANGAN LANJUT.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan